Date of Award
1-1-2002
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Isu membaca dan kepentingan ilmu adalah begitu sinonim untuk diperkatakan. Dari dahulu hingga sekarang, di media massa seperti internet sehingga meniti dibibir masyarakat, isu ini tak pernah lapuk dek hujan dan tak pernah lekang dek panas. Membaca menjadi sumber utama pengumpulan ilmu dan dalam dunia yang semakin mencabar ini, semua orang berlumba-lumba dalam menguasai pelbagai bidang ilmu. Perpustakaan sebagai gedung ilmu memainkan peranan penting dalam hal ini. Perpustakaan menjadi jawapan kepada segala persoalan, menjadi rujukan, panduan dan sumber maklumat, perpustakaan dan pustakawan pastinya seiring dalam menjalankan tanggungjawab penyebaran ilmu kepada masyarakat. Selaras dengan keghairahan manusia untuk mendapatkan maklumat, sumber rujukan di sini perlu diperbanyakkan untuk memenuhi keperluan, Hal ini pula membawa kepada perlunya suatu kaedah yang memudahkan pencarian sumber rujukan di perpustakaan. OPAC 123 dibangunkan atas dasar memenuhi keperluan ini. Pengguna tidak dapat menjangkakan hasil carian sumber rujukan dengan menggunakan system ini. System ini yang diperkayakan dengan anataramuka pengguna yang baik adalah berasaskan senibina 'client server' yang beroperasi pada Windows 95,98 dan Windows NT untuk kegunaan Local Area network (LAN).
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002.
Recommended Citation
Norzalina, Hamzah, "Opac 123 smart searching library system / Norzalina Hamzah" (2002). Student Works (2000-2009). 1231.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1231