Date of Award
1-1-2002
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Pengecaman imej digital adalah satu kajian yang telah banyak diterokai oleh ahli-ahli profesional dan para pengkaji demi untuk memudahkan pemahaman terhadap bahasa dan sebagainya. Kepelbagaian bahasa dan tulisan di dunia ini telah menarik ramai pengkaji untuk mengkaji bagaimana komputer boleh mengenali dan memahami tulisan ini tanpa perlu menggunakan tenaga manusia. Kajian-kajian ini perlu bagi keseragaman proses penterjemahan khususnya Hari demi hari teknologi yang semakin canggih telah digunakan bagi melengkapkan kajian yang sedia ada demi mencapai matlamatnya. Untuk itu terdetik dihati ini untuk mengkaji bagaimana proses ini berlaku, Untuk itu tulisan bangsa kita iaitu bangsa Melayu telah dijadikan sebagai satu bahan untuk dikaji bagaimana kita ingin memecahkan imej tulisan Jawi kepada aksara-aksara tunggal. Kajian ini penting memandangkan proses penterjemahan yang dilakukan sekarang terhadap menuskrip-menuskrip, kitab-kitab ilmu dan bahan-bahan berkaitan amat sukar memandangkan tulisan Jawi zaman dahulu yang tidak seragam dengan tulisan Jawi Moden yang digunapakai sekarang. Selain itu kekurangan tenaga pakar serta keputusan penterjemahan yang tidak selaras dan masa yang terlalu lama diambil untuk menterjemahkan sesuatu dokumen menjadi sebab utama kepada wujudnya kajian ini. Bertajukkan "Jawi Character Recognition", kajian ini diharap akan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul seperti diatas. Semoga ia akan memberikan yang terbaik kepada semua.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002.
Recommended Citation
Omar, Abdul Rahim, "Jawi Character Recognition / Omar Abdul Rahim" (2002). Student Works (2000-2009). 1230.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1230