Date of Award
1-1-2002
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Sistern Maklumat yang dibangunkan ialah SISNV iaitu Sistem Maklumat Sistem Maklumat Inventori Perabot dan Alatan Pejabat di Sekolah Menengah Intan Zaharah Dungun, Terengganu. Sistem Maklumat ini dibangunkan untuk memastikan bahawa proses kemasukan data inventori di sekolah dapat dilaksanakan dengan sistematik. Sistem Maklumat ini akan dikawal oleh Pembantu Tadbir N7 dan kerani sekolah.Di dalam sistem ini,pengguna biasa (pelawat) seperti Guru dan Nazir Sekolah juga dapat memeriksa bilangan inventori yang terkini dan memanipulasikan data-data tersebut untuk tujuan kiraan bagi peruntukan kewangan yang lebih tepat dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Terdapat berbagai modul pilihan seperti Modul Pengurusan, Modul Pelawat,Profil lnventori dan Profil Pembekal dalam SISINV Berbagai option bagi mengedit data inventori barang dan pembekal barangan tersebut. Antaranya ialah Option Tambah Data.Paparan Data,Kemaskini Data,Hapus Data dan Carian segera kepada maklumat inventori dan pembekal (supplier). Capaian terhadap modul-modul ini adalah terkawal kerana hanya pihak pengurusan sahaja yang dapat mencapai kesemua modul tersebut.Pelawat SISINV hanya boleh melihat Paparan Data lnventori dan Pembekal sahaja dan mereka tidak boleh mengedit data-data sensitive dalam sistem maklumat ini. SISINV telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Basic 6.0 dan Microsoft Access sebagai pangkalan data.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002.
Recommended Citation
Fatmah @ Rafidah, Abd. Aziz, "Sistem Maklumat Inventori Perabot dan Alatan Pejabat di Sekolah (SISINV) / Fatmah @ Rafidah Abd. Aziz" (2002). Student Works (2000-2009). 1229.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1229