Date of Award
1-1-2002
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Computer Science & Information Technology
Institution
University of Malaya
Abstract
Melihatkan perkembangan syarikat-syarikat kejuruteraan di Malaysia memberikan idea untuk membangunkan satu sistem untuk membantu syarikat-syarikat ini. Sistem ini dinamakan Sistem Pengagihan Pekerja Projek (SPPP). Ia diperlukan oleh syarikat yang banyak mengendalikan projek-projek luar. Umpamanya syarikat kejuruteraan yang mengendalikan banyak projek-projek atau tender. Sistem ini membantu mengagihkan pekerja projek ke projek-projek tertentu dengan teratur dan sistematik. Disamping itu projek ini membenarkan pengguna melihat perjalanan sesuatu projek iaitu berapa lama projek ini berjalan dan siapakah pekerjanya serta siapa yang diperlukan oleh projek sedemikian rupa. Sistem ini juga memberi maklumat kepada bahagian pengarah projek atau pentadbiran jika sesuatu projek itu sudah hampir habis dan pekerjanya boleh diberi tugasan baru. SPPP ialah satu sistem yang menyimpan maklumat-maklumat pekerja, projek, sumber pekerja dan permintaan pekerja projek. Maklumat-maklumat ini adalah untuk memudahkan pengagihan pekerja-pekerja ke projek-projek tertentu dan mendapatkan sumber manusia untuk projek dari sumber-sumber tertentu. Dengan itu perjalanan projek akan menjadi lancar dan pekerja-pekerja sentiasa mempunyai tugasan selepas setiap kali selesai tugasan projek terdahulu. Secara tidak langsung meningkatkan produktiviti pekerja dan syarikat tersebut.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002.
Recommended Citation
Afidah, Kamaruddin, "Sistem pengagihan pekerja projek / Afidah Kamaruddin" (2002). Student Works (2000-2009). 1228.
https://knova.um.edu.my/student_works_2000s/1228