Date of Award

1-1-2002

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Sistem Maklumat Penduduk dan Sosiologi Kampung (SMPSK) adalah sistem yang akan dapat mengurus maklumat-maklumat penting yang diperlukan oleh pengurusan sesebuah kampung seperti maklumat penduduk, maklumat kemudahan awam, ekonomi, pertubuhan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Sistem ini dijangka dapat memainkan peranan untuk melicinkan dan meringankan kerja pihak pentadbiran kampung dengan menyediakan fungsi-fungsi tertentu. Matlamat projek ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah sistem yang dapat membantu pihak pentadbiran kampung untuk melicinkan dan menguruskan pentadbiran kampung dengan lebih teratur dan sistematik serta tersusun. Selain itu, sistem ini membenarkan penyimpanan data yang lebih terkawal dan selamat dan proses mengemaskini data yang sedia ada pula lebih mudah. Pemilihan model pembangunan sistem yang sesuai akan dapat menjamin sistem akan dibangunkan dengan sempurna, berkualiti, mencapai objektif, menjimatkan kos rekabentuk dan implementasi serta dapat disiapkan dalam tempoh yang dirancang. Oleh itu, sistem yang bakal dibangunkan ini telah menggunakan model air terjun. Antara modul yang disediakan adalah maklumat penduduk, kemudahan awam, ekonomi, persatuan, pencarian dan Ahli JKKK.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002.

Share

COinS