Date of Award

1-1-2002

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fsktm

Department

Faculty of Computer Science & Information Technology

Institution

University of Malaya

Abstract

Sistem maklumat dan penggunaan komputer adalah dua perkara penting yang menjadi teras bagi semua organisasi. Menyedari keadaan ini, pihak kerajaan telah membangunkan projek MSC atau Multimedia Super Corridor. Projek mega ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia pusat teknologi dan telekomunikasi menjelang 2020 nanati. MSC diharapkan akan melancarkan lagi penggunaan teknologi berciri IT. Terdapat 7 teraju utama dalam projek mega MSC dan Smart School atau Sekolah Bistari adalah salah satu daripadanya. Sistem Pengurusan Tadika ini dibina selaras untuk manyahut langkah kerajaan. Walaupun apa yang dimaksudkan sebagai Sekolah Bistari adalah bermula dengan sekolah rendah, tetapi dengan terbinanya sistem ini dapat membuktikan bahawa pihak pra-sekolah juga berkemampuan untuk bersama menjayakan projek mega kerajaan ini. Sistem ini mampu untuk menguruskan tadika secara menyeluruh, daripada hal ehwal murid sehinggalah ke inventori peralatan tadika. Sistem ini membolehkan pengguna mengemaskini rekod-rekod pelajar dan inventori. Dalam laporan ini disediakan 4 bab yang merangkumi Pengenalan, Kajian Literasi, Analisis dan Metodologi Sistem dan Analisa Rekabentuk Sistem. Keempat-empat bab ini dianggap penting kerana ia adalah fasa-fasa yang perlu dilengkapkan oleh seseorang pengaturcara sebelum mendapat keperluan sistem dengan jelas dan terperinci. Dengan melengkapkan keempat-empat bab ini, pengaturcara dapat menghasilkan sistem yang memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.

Share

COinS