Document Type
Conference Item
Publication Date
8-1-1993
Abstract
Fakulti Undang-Undang ditubuhkan pada tahun 1972 dengan kumpulan pertama pelajar seramai lebih kurang 50 orang. Sebelum ini Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya adalah berpusat di Singapura yang kini adalah National University of Singapore. Tahun ini merupakan tahun ke 21 Fakulti ini ditubuhkan dan lebih 1,500 graduan yang berkelayakan undang-undang telah disumbangkan oleh Fakulti ini. Kertas kerja akan cuba memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai pengajian undang-undang di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya. Oleh kerana tema seminar/bengkel ini lebih menumpukan kepada Pengajian Syariah Institut Pengajian Tinggi, gambaran yang ringkas sahaja akan diketengahkan mengenai pengajian undang-undang sivil. Bahagian kedua kertas ini akan cuba menerangkan secara terperinci pengajian syariah dan undang-undang Islam amnya di dalam sukatan pelajaran di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya.
Divisions
fac_law
Event Title
Seminar Pengajian Syariah Dan Undang-Undang Di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia Peringkat Kebangsaan
Event Location
UKM, Bangi
Event Dates
25-26 Aug 1993
Event Type
conference