Document Type
Article
Publication Date
1-1-1999
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kesan faktor akademik terhadap pencapaian pelajar dalam program Ijazah Muda Perakaunan, Universiti Malaya. Kesan faktor akademik, iaitu pencapaian dalam STPM dan prestasi akademik tahun pertama terhadap prestasi peperiksaan dalam mata pelajaran perakaunan disiasat. Keputusan kajian menunjukkan pencapaian akademik yang baik boleh digunakan untuk meramalkan kejayaan dalam program perakaunan. Perkara ini adalah penting kerana bermula tahun 1996, Universiti Malaya telah menerima penuntut secara terus ke dalam program ini berasaskan pencapaian dalam STPM. Lagipun, keputusan ini boleh menjadi input bagi menentukan strategi dan dasar program perakaunan demi kebaikan pelajar dan fakulti. Keputusan kajian ini disokong oleh bukti daripada kajian serupa yang dijalankan di Amerika Syarikat dan Australia. Sebaliknya, perbezaan persekitaran iaitu di antara kawasan bandar dan luar bandar didapati tidak mempunyai kesan terhadap prestasi pelajar.
Keywords
Accounting, Study and Teaching, Examinations
Divisions
Faculty_of_Business_and_Accountancy
Publication Title
Jurnal Pendidikan
Volume
20
Additional Information
University of Malaya. Faculty of Business and Accountancy.