Document Type
Book Section
Publication Date
1-1-1996
Abstract
Pendita Za’ba, tokoh pemikir Melayu dikatakan seorang muslim rasionalis yang mempunyai pemikiran yang agak terkedepan berbanding zamannya. Pemikiran beliau dilihat melawan arus perdana (main stream) berbanding dengan golongan majoriti kaum muslimin terutama para ulama Melayu tempatan yang beraliran Kaum Tua dalam beberapa persoalan termasuk [falsafah] takdir (al-qada' dan al-qadr). Keadaan tersebut telah menyebabkan beliau tidak popular, tidak disenangi, bahkan sekiranya perlu diperangi. Za‘ba dengan lantang mengkritik amalan-amalan orang Melayu yang lebih menjurus kepada perkara furu‘ (syariah) sedangkan perkara usul (akidah) mereka dikaburi kepercayaan khurafat, bid‘ah (inovasi), tahyul, karut-marut yang bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam. Walaupun Za‘ba berbeza pandangan, namun beliau cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada menimbulkan kontroversi yang hangat dengan para ulama Melayu tempatan dalam pembicaraan mengenai isu-isu Islam termasuk falsafah takdir. Beliau hanya menghuraikan persoalan tanpa pembahasan aliran-aliran pemikiran, mazhab atau tokoh-tokoh daripada sesuatu aliran mazhab. Za‘ba seorang pejuang bangsa yang gigih dan tegas, boleh dikatakan tokoh Muslim Melayu yang bersifat “moderate”. Beliau kelihatan lebih terbuka, positif dan rasional dari segi pemikiran dan tindakan, kesan daripada pengaruh pemikiran Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad ‘Abduh dan Muhammad Rasyid Rida.
Keywords
Pendita Za'ba, Zainal Abidin bin Ahmad
Divisions
Thought
Publication Title
100 Tahun Za'ba: Za'ba Pejuang Bangsa
Publisher
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Publisher Location
Kuala Lumpur
Additional Information
Prof Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.