Document Type
Conference Item
Publication Date
8-1-2022
Abstract
Dasar dan polisi pendidikan dirancang dan dilaksanakan seiring dengan evolusi teknologi yang berkembang pesat. Kurikulum dan kokurikulum yang digubal hendaklah memfokuskan kepada potensi individu secara holistik dan mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan. Maka wujudnya kaedah pengajaran berbentuk dalam talian iaitu konsep “asynchronous” dan “synchronous”. Justeru, kesediaan pengajar sangat penting dalam memastikan aktiviti pengajaran kekal berkualiti. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan pengajar kokurikulum dalam melaksanakan pengajaran secara dalam talian dan pilihan pelantar pengajaran yang sesuai bagi pembelajaran kursus kokurikulum. Metodologi kajian adalah jenis tinjauan berbentuk kuantitatif. Instrumen soal selidik telah disahkan oleh pakar untuk digunakan. Populasi kajian adalah 20 orang pegawai tadbir di Universiti Malaya yang dilantik sebagai pengajar kokurikulum untuk mengendalikan kursus secara dalam talian. Seramai 19 orang responden telah terlibat di dalam kajian ini dan data telah dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap kesediaan pengajar kokurikulum melaksanakan pengajaran secara dalam talian adalah pada tahap yang tinggi dan sebanyak enam pelantar pengajaran telah digunakan oleh responden. Implikasi kajian ini kepada pengurusan universiti adalah untuk sentiasa menambahbaik tindakan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum berkualiti dan seiring dengan kemajuan teknologi. Dapatan ini membekalkan maklumat mengenai pilihan pelantar pengajaran yang sesuai digunakan untuk aktiviti kokurikulum. Kesimpulannya, kesediaan pengajar kokurikulum hendaklah seiring dengan perkembangan teknologi agar mampu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai kaedah dan strategi. Malah pembudayaan pembelajaran secara dalam talian dituntut dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan seiring dengan elemen-elemen Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan.
Keywords
Co-curriculum, Teaching, Online learning
Divisions
intern
Event Title
Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2022
Event Location
Johor
Event Dates
18-20 August 2022
Event Type
conference