Document Type
Conference Item
Publication Date
1-1-2022
Abstract
Kajian ini memberi fokus kepada isu kecerdasan emosi dan kesejahteraan kesihatan mental dalam kalangan guru di Malaysia. Khususnya, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecerdasan emosi dan hubungannya terhadap kesejahteraan kesihatan mental guru. Kaedah tinjauan berasaskan soal selidik digunakan sebagai kaedah kajian. Seramai 350 orang guru sekolah kerajaan di Malaysia telah terlibat sebagai responden kajian. Statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratusan digunakan dalam mengukur tahap kecerdasan emosi dan kesejahteraan kesihatan mental guru. Manakala, bagi menganalisis hubungan kecerdasan emosi terhadap kesejahteraan kesihatan mental guru, statistik inferensi korelasi digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai persepsi yang rendah berkaitan amalan kecerdasan emosi dan kesejahteraan kesihatan mentalnya. Demikian juga dapatan menunjukkan, kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang positif terhadap kesejahteraan kesihatan mental guru di Malaysia. Kajian ini memberi implikasi terhadap aspek impak dan strategi daya tindak sebagai pendekatan yang bersesuaian dalam pengurusan kesejahteraan kesihatan mental golongan guru di Malaysia.
Keywords
Emotions, Mental health, Teachers, Malaysia
Divisions
Education
Event Title
International Conference on Teacher Education (ICTE'2022)
Event Location
Kota Bharu, Kelantan
Event Dates
10-12 October 2022
Event Type
conference