Document Type

Conference Item

Publication Date

1-1-2021

Abstract

Perpustakaan Universiti Malaya telah membangunkan Koleksi Manuskrip Melayu sejak tahun 1960an lagi dan kini menguruskan lebih 300 manuskrip dalam pelbagai bidang terutama kesusasteraan, kebudayaan, perubatan tradisional dan agama Islam. Sebahagian besar manuskrip Melayu ini telah didigitalkan dan disebarkan dalam talian supaya sentiasa boleh diakses dan diguna semula oleh semua orang selaras dengan inisiatif OpenGLAM (Open Galleries, Libraries, Archives and Museums) di peringkat global. Bekerja dari rumah (BDR) sepanjang pandemik COVID-19 telah menyerlahkan inovasi dan kreativiti pustakawan yang telah berjaya menerbitkan sebuah laman sesawang Manuskrip Melayu (https://sites.google.com/um.edu.my/manuskripmelayu/) dengan pengisian utamanya adalah teks penuh manuskrip yang telah ditransliterasikan. Manuskrip pertama yang ditransliterasikan dalam projek ini adalah Hikayat Penerang Hati yang dikarang pada tahun 1896. Sungguhpun transliterasi oleh pengkaji manuskrip telah banyak diterbitkan, namun ianya terhad kepada manuskrip yang popular. Masih banyak lagi manuskrip yang belum ditransliterasikan dan kini dengan adanya teknologi Web, penerbitannya menjadi lebih pantas, boleh diinovasikan dan ditambah nilai kreatif dengan paparan yang lebih membantu pemahaman dan penelitian teks. Penerbitan secara Web meluaskan sebaran manuskrip Melayu ke peringkat global. Transliterasi kepada tulisan Rumi berupaya meningkatkan bilangan pembaca manuskrip Melayu terutama dalam kalangan khalayak yang tidak arif dengan tulisan Jawi. Peranan pustakawan dalam menjayakan OpenGLAM dan warisan digital perlu dimajukan lagi bukan sahaja dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan fizikal manuskrip, malah dalam pemahaman mendalam kepada isi kandungannya.

Keywords

Manuskrip Melayu, Transliterasi, Perpustakaan Universiti Malaya, PKP, BDR

Divisions

Library_main

Funders

None

Event Title

Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia

Event Location

Virtual Conference

Event Dates

14-18 June 2021

Event Type

conference

Share

COinS