Document Type

Conference Item

Publication Date

1-1-2016

Abstract

Dalam masyarakat Islam di Malaysia, mekanisme beragama dapat dilihat dalam pelbagai suasana dan keadaan bergantung kepada pemahaman terhadap ajaran agama itu sendiri. Sekalipun agama Islam itu bersumberkan kepada al-Quran yang tunggal dan berpandukan kepada ajaran yang hanya dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi dalam menzahirkan kefahaman dalam kalangan masyarakat adalah berbeza. Dari itu, lahirkan pelbagai golongan yang memenisfistasikan agama dengan pelbagai keadaaan sehingga wujudnya golongan yang bersifat sederhana, golongan yang fanatik (ekstrem) dan golongan yang sesat. Melalui metode analisis deduktif dan induktif, artikel ini bertujuan untuk mengumpulkan hadith berkaitan dengan fanatik beragama dan menjelaskan pengistilahan dalam hadith yang merujuk kepada fanatik beragama serta menjelaskan pemahaman berdasarkan perbincangan dalam fiqh al-Hadith. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat lima (5) hadith yang menjadi asas perbincangan berkaitan dengan fanatik beragama dari sudut landasan teori dan pemahaman berkaitan dengannya dengan merujuk kepada tiga tema utama iaitu [1] Larangan Melampaui Batas, Extreme atau Memberatkan Sesuatu; [2] Larangan Mengada-adakan Sesuatu Baharu Berkaitan Agama dan [3] Agama itu Mudah dan Tidak Memberatkan atau Membebankan.

Keywords

Religion extremist, Bid’ah, Malaysia

Divisions

AcademyofIslamicStudies

Event Title

International Conference on Islam in Malay World VI 2016

Event Location

Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam

Event Dates

20 - 22 September 2016

Event Type

conference

Share

COinS