Document Type
Conference Item
Publication Date
1-1-2018
Abstract
Para saintis sentiasa cuba meningkatkan perkhidmatan rawatan mereka kepada para pesakit melalui pelbagai cara. Antara rawatan terpenting yang pernah ditawarkan dalam sejarah perubatan adalah rawatan transplan anggota badan dan organ manusia yang mampu menyelamatkan nyawa pesakit. Pelbagai organ yang boleh dilakukan proses transplantasi bermula dari anggota badan yang ringkas seperti gigi, tulang dan kulit sehinggalah ke organ yang kompleks seperti mata, buah pinggang, jantung dan rahim. Malah, pada awal tahun 2018, seorang professor Itali bernama Canavero cuba melakukan transplan kepala di China (https://www.sde.co.ke/article/2001266397/world-s-first-human-head-transplant-successfully-carried-out). Transplan kepala ini boleh dianggap sebagai proses transplan paling rumit kerana melibatkan organ yang paling banyak sel saraf dan sel darah. Pada hari ini, kebanyakan badan fatwa utama dunia telah mengharuskan transplan organ kerana ia memberikan pelbagai manfaat kepada manusia. Namun, menelusuri sejarah hukum mengenai transplan organ, tidak semua ulama bersetuju dengan prosedur ini dengan alasan prosedur ini mengubah ciptaan Allah SWT (taghyir khalqillah), manusia tiada hak ke atas tubuh badan sendiri sehingga membenarkan mereka menderma organ mereka dan prosedur ini menyebabkan pencemaran pada kehormatan manusia (http://alchourouk.co- - - - m/157389/687/ اختلففف الفقهففف فففف التبّففف / 1 ب لأعض بين الح مة والإب حة - - - -.html).
Keywords
Taghyir khalqillah, Transplan anggota badan, Sejarah perubatan, Perkhidmatan rawatan
Divisions
DeptofFiqhUsul
Event Title
Seminar Antarabangasa Islam dan Sains (SAIS) 2018
Event Location
Pusat Pengajian Teras (PPT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Event Dates
8 February 2018
Event Type
conference
Additional Information
Conference paper