Document Type

Conference Item (Restricted)

Publication Date

1-1-2018

Abstract

Satu cabaran yang perlu dihadapi dalam dunia pendidikan kini ialah menyesuaikan pembelajaran dan pemudahcaraan (pdPc) bagi mendepani revolusi industri 4.0. Ledakan Revolusi lndustri 4.0 memberi kesan yang besar kepada guru dalam menyediakan pelajar yang berkemahiran tinggi, berpemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, boleh berkomunikasi, berkolaborasi, kreativiti dan mempunyai kesejahteraan emosi. Guru Pendidikan Seni Visual perlu mengambil inisiatif celik Revolusi lndustri 4.0, kreatif dan inovatif menggunakan kepelbagaian sumber dan media yang sesuai bagi menghasilkan PdPc yang lebih menarik. Penulisan ini membincangkan PdPc Pendidikan Seni Visual yang relevan dengan konteks Revolusi lndustri 4.0 melalui penerapan kemahiran Pembelajaran Abad 21, pembelajaran autentik, kemahiran insaniah dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Turut dibincangkan ialah cabaran yang dihadapi guru dalam merealisasikan pembelajaran Seni ke arah revolusi lndustri 4.0.

Keywords

Pendidikan Seni Visual, pembelajaran abad 21, pembelajaran autentik, kemahiran berfikir aras tinggi, revolusi industri 4.0 dan kemahiran insaniah

Divisions

Education

Event Title

7th International Seminar on Nusantara Heritage 2018 (7th ISoNH 2018)

Event Location

Crown Garden Hotel, Kota Bahru, Kelantan, Malaysia

Event Dates

22-24 October 2018

Event Type

conference

Additional Information

Conference paper

Share

COinS