Authors

I. ZahidFollow

Document Type

Conference Item

Publication Date

1-1-2018

Abstract

Tujuan komunikasi adalah untuk berinteraksi, iaitu pertukaran maklumat antara pemeran. Semasa pertukaran maklumat berlaku, pelbagai usaha dilakukan untuk memahamkan pemeran dalam komunikasi yang berlangsung. Ini bertujuan untuk menjayakan sesuatu komunikasi dan menghasilkan komunikasi yang berkesan. Banyak faktor yang menentukan keberkesanan komunikasi. Salah satu perkara yang dititikberatkan ialah hubungan kerjasama yang perlu ada di antara para pemeran komunikasi. Dalam hal ini Grise (1975) mengesyorkan pemeran komunikasi mematuhi Prinsip Kerjasama bagi memastikan komunikasi dapat berlangsung dengan jaya. Prinsip Kerjasama ini mempunyai empat maksim perbualan, iaitu maksim kuantiti, kualiti, hubungan dan cara. Analisis telah dilakukan pada struktur pengenalan Soal Jawab TV3 yang bertemakan PraBajet 2018. Antara metod yang digunakan dalam analisis ialah muat turun, transkripsi dan analisis teks. Dapatan analisis memperlihatkan bahawa keempat-empat maksim Grice (1975) telah dipatuhi oleh kedua-dua moderator rancangan ini. Pematuhan kepada maksim ini ditentukan oleh tiga faktor utama, iaitu prosedur penerbitan rancangan, latar belakang serta jawatan yang disandang dan kemahiran berbahasa moderator. Tiga faktor ini telah mempengaruhi pematuhan maksim yang diusulkan oleh Grice (1975). Pematuhan kepada maksim ini telah memudahkan proses pemahaman kandungan rancangan kepada khalayak dan dapat dilabelkan sebagai komunikasi berkesan.

Keywords

Komunikasi, Maksim, Prinsip Kerjasama, Moderator, Komunikasi berkesan

Divisions

AcademyofMalayStudies

Event Title

Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah, Bahasa dan Kebudayaan di Alam Melayu Ke-7

Event Location

Lombok, Indonesia

Event Dates

28-29 July 2018

Event Type

conference

Additional Information

Conference paper

Share

COinS