Document Type

Article

Publication Date

1-1-2018

Abstract

Pembentukan akhlak dan moral dalam kalangan pelajar merupakan agenda utama dalam aspirasi pendidikan negara. Fenomena kelunturan nilan, akhlak dan moral semakin dirasai apabila melibatkan golongan berpendidikan tinggi. Hal ini berdasarkan pelbagai kes yang dilaporkan oleh akhbar yang melibatkan pelajar di institusi pendidikan tinggi. Antaranya ialah penglibatan pelajar dalam gejala penagihan dadah, menyembunyikan kelahiran dan pembuangan bayi, kesbuli, jenayah bunuh dan sebagainaya. Sehubungan itu, pelaksanaan kursus TITAS di peringkat institusi pengajian tinggi adalah sangat signifikan dan releven dalam konteks dunia hari ini yang semakin mencabar kewibawaan akhlak dan moral manusia. Justeru, artikel ini akan mengupas elemen-elemen pembentukan akhlak dan moral dalam modul pengajian kursus TITAS yang dilaksanakan di Universiti Malaya. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk analisis dokumen. Dokumen yang dianalisis terdiri daripada modul TITAS, jurnal dan tinjauan artikel berkaitan pembentukan akhlak dan moral dalam modul pengajian kursus TITAS. Kajian mendapati wujud beberapa elemen yang mampu menyumbang ke arah pembentukan akhlak dan moral dalam modul pengajian kursus TITAS yang ditawarkan di Universiti Malaya.

Keywords

elemen, akhlak dan moral, modul TITAS

Divisions

HumanDevelopment

Publication Title

Journal of Sultan Alauddin Sulaiman Shah

Volume

Sp.

Publisher

Core Studies Center, Selangor International Islamic University College

Event Title

Seminar Serantau Peradaban & Pemikiran Islam (ReCIT 018) & Eksplorasi Halal ke Jepun

Event Location

Osaka, Japan

Event Dates

26-30 April 2018

Event Type

conference

Additional Information

Conference paper - Centre for the Initiation of Talent and Industrial Training (citra)

Share

COinS