Document Type
Conference Item
Publication Date
1-1-2018
Abstract
Sastera lisan telah berkembang sebelum kedatangan pengaruh Arab yang membawa sistem tulisan dalam masyarakat di rantau ini. Sastera lisan yang mengandungi pelbagai ilmu dan juga bidang ini kemudiannya ditulis untuk menjadi ilmu rujukan dan tatapan masyarakat kini. Salah satu daripada ilmu sastera lisan yang mengalami perubahan besar ini ialah ilmu perubatan masyarakat zaman lampau, khususnya ilmu perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu. Dalam makalah ini akan dibincangkan beberapa jenis rawatan mayarakat Melayu lama yang berasal daripada sastera lisan yang kemudianya ditulis dalam bentuk manuskrip. Kaedah rawatan ini kemudiannya menjadi amalan masyarakat zaman lampau hingga kini. Ilmu yang ada dalam manuskrip ini kemudiannya berkembang dan menjadi salah satu daripada alternatif rawatan pelbagai penyakit. Yang menariknya sesetengah daripada rawatan ini tidak terdapat dalam rawatan moden. Kajian yang dilakukan adalah bersumberkan 3 buah naskhah dari koleksi Universiti Malaya, koleksi La Ode Zainu, Bau-bau, Buton, dan koleksi Perpustakaan Negara Malaysia.
Keywords
Perubatan tradisional, Manuskrip, Kaedah rawatan, Sastera lisan
Divisions
AcademyofMalayStudies
Event Title
Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah & Budaya di Alam Melayu ke-7 (ASBAM7)
Event Location
Jayakarta, Lombok Beach Resort & Spa, Indonesia
Event Dates
28-29 July 2018
Event Type
conference
Additional Information
Conference paper