Document Type
Conference Item
Publication Date
1-1-2017
Abstract
Perbincangan mengenai perjuangan pemimpin tempatan menentang British dimuatkan dalam Bab Dua, Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2003. Bab ini agak panjang iaitu sebanyak 35 halaman yang bermula pada halaman 27 dan berakhir pada halaman 62. Bab ini yang bertajuk “Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua” mempunyai dua tajuk kecil iaitu 2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British dan 2.2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua. Di bawah tajuk kecil 2.1, terdapat pula dua sub tajuk iaitu 2.1.1 Sebab-sebab Penentangan dan 2.1.2 Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan. Keseluruhannya, tajuk kecil 2.1 merangkumi 16 halaman daripada Bab Dua iaitu dari halaman 29 hingga 44. Perbincangan tidak sekadar dalam bentuk tulisan tetapi disertakan juga dengan grafik berupa lakaran gambar tokoh, carta, peta dan sudut maklumat. Oleh hal yang demikian, perbincangan kertas kerja ini akan cuba mengupas konten tajuk kecil 2.1 dan dua subtajuknya. Fokus perbincangan saya adalah pada subtajuk 2.1.1 Sebab-sebab Penentangan. Pada akhir kertas ini, saya senaraikan penulisan yang berkaitan untuk membantu guru-guru mendapatkan rujukan tambahan.
Keywords
Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima, Nasionalisme, Syarikat Berpiagam Borneo Utara, British
Divisions
arts
Event Title
Seminar Guru Sejarah: Pemantapan dan Pengisian Ilmu Sejarah Topik Terpilih dalam Sukatan Sejarah Tingkatan 5
Event Location
Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Event Dates
10-11 August 2017
Event Type
conference
Additional Information
Conference Paper