Document Type

Conference Item

Publication Date

1-1-2017

Abstract

Zakat merupakan satu ibadat yang berdimensikan kehartaan dalam bentuk mandatori kepada para muzakki yang berkelayakan untuk diagihkan kepada para mustahiq zakat yang memerlukan. Ia merupakan instrumen kewangan alternatif sebagai jaminan sosial di samping instrumen yang lain seperti wakaf, hibah dan wasilah tabarru’at yang lain. Saban tahun, jumlah agihan semakin meningkat disebabkan oleh jumlah asnaf yang bertambah ekoran pelbagai faktor di samping peningkatan jumlah kutipan. Bertitik tolak daripada keadaan tersebut, berbagai pendekatan telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk memacu transformasi zakat negeri, khususnya bagi meningkatkan kadar kutipan zakat dan mengoptimumkan agihannya kepada asnaf. Rentetan daripada strategi dan pendekatan yang digunapakai, timbul beberapa isu yang menjadi polemik masa kini. Antaranya termasuklah kutipan zakat yang merentasi sempadan negeri atau perlantikan agen kutipan zakat luar dan sebagainya. Isu-isu ini jika tidak ditangani dengan bijak, akan menimbulkan ekosistem zakat yang tidak harmoni malah memberi kesan terhadap peruntukan asnaf-asnaf zakat. Sehubungan itu, kajian ini menfokuskan terhadap isu kutipan zakat tanpa kebenaran di Malaysia dari perspektif perundangan Shariah.

Keywords

Zakat, Perundangan syariah, Wakaf, Mustahiq zakat

Divisions

DeptofFiqhUsul

Event Title

Seminar Zakat, Wakaf & Filantropi Islam 2017 (ZAWFI 2017)

Event Location

Dewan Muktamar, ACIS, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor

Event Dates

13-14 December 2017

Event Type

conference

Additional Information

Conference paper

Share

COinS