Document Type
Conference Item
Publication Date
11-1-2015
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis kesepaduan stail dan perutusan agama dengan kebenaran dalam sajak-sajak pilihan Ahmad Kamal Abdullah (Kemala). Analisis kandungan digunakan untuk mengenal pasti unsur stail dan perutusan agama yang mempunyai perkaitan dengan kebenaran. Analisis ini berpandukan prinsip perkaitan iaitu salah satu daripada dua prinsip Konseptual Estetika Bersepadu (2010). Berdasarkan analisis yang dilakukan, dapat dibuktikan wujud perkaitan yang signifikan di antara stail dan perutusan agama dengan kebenaran al-Quran dan hadis, sejarah para rasul dan sejarah tokoh-tokoh wanita Islam. Sejarah ini pula terbukti kebenarannya sepertimana yang disebutkan atau dikisahkan dalam al-Quran, hadis dan buku-buku sejarah Islam
Keywords
Estetika, Stail, Perutusan
Divisions
AcademyofMalayStudies
Event Title
Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Dato' Dr. Kamal Abdullah (KEMALA)
Event Location
Dewan Seminar Dato' Hassan Ahmad Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumour
Event Dates
17-18 November 2015
Event Type
conference