Document Type
Conference Item
Publication Date
8-18-2015
Abstract
Makalah ini akan membincangkan mazhab Asha'irah sebagai asas rujukan dalam fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Agama di Malaysia ten tang Syiah.Kertas ini akan menganalisis matan fatwa tentang Syiah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan pihak berkuasa agama di beberapa buah negeri di Malaysia dengan tumpuan diberikan terhadap isu-isu utama akidah yang menjadi pegangan Syiah, khususnyaSyiah Ithna Asyariyyah. Tinjauan dan penelitian secara cermat akan dibuat terhadap asas pegangan Syiah khususnya yang melibatkan isu al-imamah dan persoalan di sekitarnya dan beberapa isu yang disentuh dalam sighah atau matan fatwa dikaji bagi maksud memperkukuhkan hujah bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak-pihak terse but yang tentunya merujuk kepada mazhab Asha'irah dalam menilai fikrah-fikrah terse but adalah fatwa yang berasaskan hujah-hujah yang kuat dan boleh dipertahankan. Bagi maksud ini, penulis akan mengemukakan beberapa rujukan karya al-Asha'irah yang dijadikan asas rujukan fatwa yang dikaji. Makalah merumuskan bahawa rujukan fatwa kepada pandangan mazhab al-Ashairab adalah tepat bagi menangani ancaman Syiah di rantau ini sepanjang zaman, khususnya di Malaysia.
Divisions
Thought
Event Title
Seminar serantau sumbangan ulama asha'irah dan maturidiyyah dalam pemantapan akidah Islamiah
Event Location
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
Event Dates
18-20 Ogos 2015
Event Type
conference