Document Type
Conference Item
Publication Date
8-18-2015
Abstract
Sheikh Zainal Abidin al-Fatani atau lebih dikenali Tuan Minai merupakan seorang tokoh ulama Melayu yang aktif mengarang karya berkaitan akidah. Nama beliau berada sebaris dengan tokoh-tokoh ulama Melayu abad ke-18 dan 19.Beliau dilahirkan di Kampung Bendang Badang, Patani dan meninggal dunia dalam lingkungan tahun 1913M di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Sheikh Zainal Abidin al-Fatani bukan sahaja mengarang kitab-kitab agama, malah menghasilkan karya dalam pelbagai genre ilmu, namun karya berkaitan akidah lebih mendominasi berbanding karya lain. Artikel ini akan meneliti pemikiran Sheikh Zainal Abidin al-Fatani tentang pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berdasarkan kitab akidah karangan beliau. Peringkat awal penelitian akan dilakukan dalam memahami pemikiran ulama Melayu tentang fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Berdasarkan penelitian yang dibuat mendapati bahawa beliau sebagaimana ulama Melayu lain menjadi pendokong kuat kepada aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah beraliran al-Asyairah yang menjadi tunjang akidah umat Islam di Nusantara. Beberapa kitab akidah beliau menjadi bukti keutuhan pemikiran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dalam kerangka pemikiran ulama Melayu sejak beberapa dekad yang lalu. Kata Kunci: Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Sheikh Zainal Abidin al-Fatani, Karya Ulama Melayu, Nusantara
Keywords
Postmodernist
Divisions
Thought
Event Title
Seminar serantau sumbangan ulama asha'irah dan maturidiyyah dalam pemantapan akidah Islamiah
Event Location
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
Event Dates
18-20 Ogos 2015
Event Type
conference