Document Type
Conference Item
Publication Date
1-1-2015
Abstract
Kepakaran perubatan dan kecanggihan teknologi masa kini dalam dunia perubatan telah menghasilkan pelbagai penemuan baharu. Misalnya dalam rawatan kecederaan, terdapat berbagai kaedah rawatan yang ditawarkan dengan kesan penyembuhan yang efisien dan kos yang kompetitif. Antaranya teknik rawatan yang berasaskan darah atau dikenali sebagai Platelet-Rich Plasma (PRP). Sehubungan itu, kajian ini akan menfokuskan terhadap hukum rawatan PRP dengan mengambilkira empat elemen asas, iaitu sumber bahan, teknik rawatan, tujuan rawatan serta hasil rawatan. Pengkaji akan merujuk literatur berkaitan dengan rawatan PRP dan menganalisis pandangan ulama berkaitan hukum penggunaan darah dalam rawatan kecederaan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa sumber asas yang digunakan di dalam rawatan ini bersifat najis dan haram untuk digunakan. Namun, sekiranya digunakan untuk tujuan perubatan, maka, ia diharuskan penggunaannya pada konteks darurat serta dapat menjamin kesembuhan kepada diri pesakit.
Keywords
Rawatan Platelet-Rich Plasma (PRP), perubatan, halal haram, darah, kecederaan, darurat.
Divisions
AcademyofIslamicStudies
Event Title
Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015
Event Location
Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Event Dates
10 Jun 2015
Event Type
conference