Document Type
Conference Item
Publication Date
1-1-2015
Abstract
Perkembangan sains dan teknologi banyak membantu para fuqaha' kontemporari dalam memberikan gambaran yang jelas sebelum mereka mengeluarkan sesuatu fatwa atau hukum. Namun, bagi fuqaha' klasik, mereka hanya bergantung kepada maklumat dan pengalaman individu yang terbatas. Kesannya, terdapat beberapa fatwa bertentangan dengan penemuan sains terkini. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan dan kepentingan sains dan teknologi dalam membantu para fuqaha' mengeluarkan hukum. Kajian ini akan melihat dua contoh isu fiqh perubatan yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha' klasik, dan ia mampu diputuskan dengan penemuan sains dan teknologi terkini. Tempoh maksimum kehamilan yang disebutkan oleh fuqaha' klasik adalah antara sembilan bulan hingga tujuh tahun, sedangkan pengamal perubatan mengatakan kandungan yang melepasi tempoh 42 minggu adalah sangat merbahaya. Sebahagian dari mereka juga berpendapat bahawa perempuan mengandung masih boleh mengalami haid sedangkan ia bertentangan dengan dapatan sains terkini. Hasil kajian membuktikan bahawa penemuan sains dan teknologi sangat penting dalam membantu pengeluaran fatwa, disarnping keperluan menilai semula beberapa fatwa fuqaha' klasik yang dilihat bertentangan dengan fakta sains.
Keywords
Sains dan teknologi, perubahan bukum, tempoh maksimum kehamilan, haid.
Divisions
AcademyofIslamicStudies
Event Title
Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015
Event Location
Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Event Dates
10 Jun 2015
Event Type
conference