Document Type

Conference Item

Publication Date

1-1-2015

Abstract

Daging merupakan salah satu makanan yang memberi sumber protein utama kepada manusia. Namun, dengan perkembangan teknologi makanan yang kian pesat didalam penghasilan produk berasaskan daging yang diproses dan tidak diproses telah menimbulkan isu-isu berkaitan halal dan haram. Pemalsuan dan penipuan produk daging menimbulkan kegusaran kepada para pengguna terutamanya pengguna Muslim. Isu-isu lain seperti daging tiruan, daging binatang buas, daging binatang haram, daging yang disalah label, daging yang dicemari mineral berisiko, daging yang mengandungi bakteria dan virus yang berisiko serta racun yang memudaratkan. Oleh itu, penggunaan teknologi autentikasi halal sedikit sebanyak membantu menangani isu yang berbangkit serta membantu para ulama dalam memberi hukum dengan lebih tepat berkaitan isu berkenaan. Kajian ini membincangkan tentang isu-isu halal dalam produk berasaskan daging berserta teknologi autentikasi halal yang telah digunakan dalam membuat pengesahan halal. Selain itu, pandangan dari Islam juga dikemukakan dalam menyelesaikan berkaitan isu berkenaan. Bagi mencapai objektif, pengkaji telah membuat sorotan literatur yang berkaitan isu halal dalam produk berasaskan daging serta teknologi autentikasi yang telah digunakan dalam menyelesaikan isu berkenaan. Pandangan ulama juga diteliti bagi menentukan halal haram dalam sesuatu produk. Sehubungan itu, satu garis panduan Islam yang berkaitan dengan daging dapat dihasilkan dan digunakan oleh pengguna Muslim dalam proses memilih daging halal serta pengusaha produk daging dalam menghasilkan daging halal.

Keywords

Daging, teknologi autentikasi, halal, haram, makanan

Divisions

AcademyofIslamicStudies

Event Title

Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis)2015

Event Location

Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Event Dates

10 Jun 2015

Event Type

conference

Share

COinS