Document Type

Conference Item

Publication Date

10-14-2014

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesesuaian aspek-aspek latihan dalam perkhidmatan iaitu perancangan, kandungan, penyampai, hari dan tempoh latihan serta tempat latihan diadakan. Selain itu, kajian juga menilai hubungan di antara peningkatan profesionalisme guru terhadap aspek-aspek kesesuaian latihan dalam perkhidmatan. Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah menengah di daerah Petaling Utama. Seramai 174 guru telah menjadi responden kajian. Data yang dikumpul telah dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Kaedah statistik yang telah digunakan ialah statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus serta statistik inferensi iaitu ujian Korelasi Pearson. Kajian membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara aspek-aspek perancangan, kandungan dan penyampai kursus dengan peningkatan profesionalisme guru. Pihak pengurusan sekolah boleh mewujudkan peluang yang lebih baik untuk menjadikan latihan dalam perkhidmatan bersesuaian dengan keperluan guru. Kementerian Pendidikan Malaysia juga diharapkan memanipulasi aspek perancangan, kandungan dan penyampai kursus agar latihan dalam perkhidmatan dapat mempromosikan profesionalisme guru. Diharapkan kajian ini menjadi panduan dalam menjadikan latihan dalam perkhidmatan bersesuaian bagi meningkatkan profesionalisme guru. Kata kunci: kesesuaian, latihan dalam perkhidmatan, profesionalisme keguruan

Keywords

Practical in education, Education management, Education system, Teaching, Malaysia

Divisions

Education

Event Title

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru

Event Type

conference

Share

COinS