Document Type
Conference Item
Publication Date
10-1-2014
Abstract
Bahasa orang Asli Melayu-Proto adalah bahasa yang dituturkan oleh kelompok orang Asli yang terdapat di Malaysia. Penutur-penuturnya adalah antara penduduk peribumi yang dianggap sebagai minoriti kerana jumlchnyo yang kecil. Pada dasarnya kelompok Melayu- Proto ini terdiri daripada enam suku kaum, icrtu orang Asli suku Temuan, suku J akun, suku Kanaq, suku Seletar, suku Duano dan suku Semelai. Namun kajian ini tidak mengambil kira suku Semelai kerana daripada analisis, bahasanya termasuk ke dalam kelompok bahasa orang Asli Senoi. Berdasarkan analisis terhadap bahasa yang dituturkan oleh suku Temuan, suku J akun, suku Kanaq, suku Seletar dan suku Duano didapati terdapat banyak persamaan dengan bahasa Melayu. Secara umum persamaan di antara suku bangsa boleh ditelusuri melalui rupa bentuk f izikal. sosio-budaya, kepercayaan dan bahasa yang dituturkan oleh mereka. Oleh itu kajian ini cuba menelusuri persamaan-persamaan ini dan adakah bahasa yang dituturkan oleh suku-suku berkenaan merupakan dialek atau bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu.
Keywords
Bahasa Asli Melayu-Proto, bahasa Melayu, bahasa serumpun, dialek dan bahasa.
Divisions
AcademyofMalayStudies
Event Title
Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2014 (RCLK 4): Sinergi Kelestarian Dinamisme
Event Location
Kuching, Sarawak
Event Dates
11-14 Oct 2014
Event Type
conference