Document Type

Conference Item

Publication Date

3-1-2014

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji reka bentuk kurikulum permainan video dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa Melayu di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Objektif kajian ini adalah mendapatkan pandangan pakar terhadap jangkaan cara pelaksanaan permainan video dalam pembelajaran bahasa Melayu. Teknik fuzzy delphi (FDM) digunakan bagi mendapatkan konsensus pakar dengan mengedarkan instrumen kepada 30 pakar yang dipilih daripada pelbagai bidang dan latar belakang bagi menjawab persoalan kajian. Intrumen terdiri daripada satu tema merangkumi 6 sub item bagi mendapatkan konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan pakar mencapai konsensus untuk bersetuju dengan item 1 iaitu reka bentuk kurikulum berasaskan permainan video perlu disesuaikan dengan pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar asing (nilai defuzzification: 0.680). Keseluruhannya, kesepakatan pakar adalah “sangat bersetuju”bahawa permainan video berpotensi dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar asing di sebuah IPTA. Impak yang dihasilkan daripada keputusan konsensus pakar menunjukkan satu kerangka baharu untuk mereka bentuk kurikulum yang berasaskan potensi permainan video sebagai medium pengajaran atau scaffolding dalam pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar asing di IPTA. Justeru, kajian ini mencadangkan pelaksanaan dasar pendidikan baharu kepada pihak berkepentingan khususnya kepada Jabatan Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya untuk mengetengahkan permainan video sebagai teaching aid tool kepada semua IPTA di seluruh Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum di Pusat Bahasa dan fakulti di semua IPTA wajar melihat perkembangan teknologi ini berupaya menjadikan proses pembelajaran bahasa amat menarik,interaktif dan meningkatkan motivasi sekiranya diaplikasikan sebagai medium pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar asing.

Divisions

Education

Event Title

Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran

Event Location

University of Malaya

Event Dates

21 Mac 2014

Event Type

conference

Share

COinS