Authors

Z. Othman

Document Type

Conference Item

Publication Date

3-1-2014

Abstract

Menurut perspektif Islam, Ilmu Mengurus Diri mahupun Ilmu Mengurus Sistem adalah penting untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Ilmu Mengurus Diri mempunyai taraf fardu ain dan wajib dipelajari oleh semua orang Islam, kerana ia mengandungi ajaran-ajaran mengenai akidah, syariah dan akhlak yang tidak dapat dicapai melainkan dengan perantaraan wahyu dan hidayah Allah. Namun, untuk kesempurnaan hidup di dunia secara bermasyarakat, Ilmu Mengurus Diri atau ilmu agama sahaja tidak mencukupi meskipun ia merupakan ilmu yang paling tinggi dalam pandangan Islam. Manusia memerlukan pengetahuan yang terperinci tentang alam fizikal, alam kemanusiaan dan alam kemasyarakatan untuk menggunakan segala potensi yang wujud, sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah yang akan membangun dirinya, alam sekitar dan masyarakat sesuai dengan tuntutan akidah tauhid dan syariah Allah. Justeru itu, ilmu pengetahuan yang dikategorikan sebagai Ilmu Mengurus Sistem perlu dipelajari dan dikembangkan sebagai pelengkap kepada ilmu agama. Ilmu pengetahuan yang mengandungi tanda-tanda kewujudan, kebesaran dan keagungan Allah di alam ini dapat memberikan roh kepada ilmu dan membawa kepada peningkatan iman dan amal salih, iaitu hubungan kerohanian dengan Allah dan rasul-Nya yang melahirkan sifat ketakwaan dalam peribadi seseorang ilmuwan.

Divisions

AcademyofIslamicStudies

Event Title

Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran

Event Location

University of Malaya

Event Dates

21 Mac 2014

Event Type

conference

Share

COinS