Document Type

Conference Item

Publication Date

3-1-2014

Abstract

Kanak-kanak sindrom Down merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas ketidakupayaan intelektual yang biasanya mengalami defisit seperti tidak konsisten dalam orientasi motivasi dan tahap toleransi kegagalan yang rendah berbanding kanak-kanak tipikal. Tambahan pula, masih wujudnya jurang perbezaan yang besar terhadap tahap pencapaian membaca mereka. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan satu intervensi literasi awal yang mengintegrasikan pembelajaran pelbagai deria dengan assistive technology sebagai perangsang. Dapatan awal kajian ini berjaya menunjukkan bahawa sampel kajian amat tertarik dengan penggunaan assistive technology sebagai bahan bantuan belajar, melibatkan diri dengan sepenuh untuk menyempurnakan tugasan intervensi yang dijalankan oleh ibu bapa. Selain itu, sampel kajian telah berjaya menguasai kesemua sebutan huruf yang diajar. Kajian ini mencadangkan pengintegrasian assistive technology dalam intervensi literasi awal sebagai perangsang pembelajaran dan medium pengajaran untuk membantu ibu bapa mendidik anak mereka dengan lebih yakin.

Keywords

Literasi Awal, Kanak-kanak Sindrom Down, Assistive Technology.

Divisions

Education

Event Title

Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran

Event Location

University of Malaya

Event Dates

21 Mac 2014

Event Type

conference

Share

COinS