Document Type
Conference Item
Publication Date
3-1-2014
Abstract
Padlet merupakan aplikasi Web 2.0 yang boleh digunakan untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi tujuan pembelajaran. Aplikasi ini mampu untuk memudahkan hubungan komunikasi antara pelajar pekak dan pelajar biasa. Namun sorotan kajian menunjukkkan pelajar pekak mengalami masalah komunikasi di samping menghadapi masalah pembelajaran ketika di institusi pengajian tinggi tempatan. Kajian ini menggunakan kaedah Implimentasi Penerokaan (exploratory Implementation) dengan menggunakan teknik Fuzzy Delphi bagi mendapatkan pesetujuan atau kesepakatan 27 pakar untuk mengenal pasti kesesuaian padlet bagi pembangunan modul pedagogi pembelajaran. Kemuudian pembangunan modul pedagogi pembelajaran dibangunkan menggunakan model instruksi Gagne. Penggunaan prototaip dinilai melalui proses pemerhatian dan temubual ke atas 4 pelajar pekak. Dapatan kajian menunjukkan pelajar pekak lebih mudah berkomunikasi menggunakan modul pedagogi pembelajaran melalui padlet dan mencadangkan padlet perlu digunakan di institusi pengajian tinggi bagi pelajar pekak.
Keywords
Aplikasi Padlet, Web 2.0, Fuzzy Delphi, Implementasi Penerokaan
Divisions
Education
Event Title
Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran
Event Location
University of Malaya
Event Dates
21 Mac 2014
Event Type
conference