Document Type

Conference Item

Publication Date

3-1-2014

Abstract

Ledakan teknologi maklumat telah mencetuskan fenomena baru dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada pendidikan alternatif homeschooling. Animasi Interaktif merupakan pendekatan baharu yang boleh dijadikan medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling. Animasi interaktif merupakan media pendidikan yang mengintegrasikan lima elemen utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri animasi interaktif yang bersesuaian untuk dibangunkan sebagai medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschoolingmenggunakan pendekatan Fuzzy Delphi. Pendekatan pembelajaran kanak-kanak Homeschooling dengan berbantukan animasi interaktif bukan sahaja dapat memudahkan proses pembelajaran tetapi juga meningkatkan motivasi kanak-kanak homeschooling. Seramai 15 orang pakar bidang pendidikan kanak-kanak homeschoolingdan teknologi pendidikan telah dipilih untuk menganalisis fuzziness konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa animasi interaktif sesuai diaplikasikan sebagai medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling.

Keywords

Homeschooling, Home Education, Pendidikan Alternatif, Animasi Interaktif

Divisions

Education

Event Title

Persidangan Kebangsaan Kurikulum Dan Teknologi Pengajaran

Event Location

University of Malaya

Event Dates

21 Mac 2014

Event Type

conference

Share

COinS