Document Type
Conference Item
Publication Date
1-1-2014
Abstract
Kertas kerja ini melaporkan kajian masa depan tentang perkembangan Profesion Fisioterapi dan Impaknya kepada kurikulum sekolah menengah. Kajian dijalankan dengan menggunakan teknik Delphi dengan tiga pusingan. Hasilan kajian menunjukkan sebanyak 13 jenis profesion dalam bidang fisioterapi yang dijangkakan akan menyediakan bidang kerjaya di masa hadapan. Pakar juga menjangkakan bahawa jenis-jenis kerjaya melibatkan bidang fisioterapi dijangka akan berlaku selepas tahun 2015. Penyataan yang mencapai konsensus mewakili jangkaan terhadap kaedah penilaian, kaedah pengajaran yang sesuai, bentuk laluan kerjaya bagi pelajar-pelajar yang memilih matapelajaran fisioterapi sebagai matapelajaran pilihan mereka dan kemudahan infrastruktur yang diperlukan oleh sesebuah sekolah menengah apabila fisioterapi menjadi matapelajaran di sekolah. Adalah disarankan pihak Kementerian Pelajaran supaya lebih bersedia untuk memberikan peruntukan yang lebih dalam menyediakan kemudahan yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum masa depan.
Divisions
Education
Event Title
Prosiding International conference Future Education in Global Challenges
Event Dates
2014
Event Type
conference