Document Type

Book Section

Publication Date

1-1-2014

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Keberadaan Malaysia yang jauh dari wilayah Timur Tengah tidak menghalang Malaysia untuk menjalinkan hubungan diplomasi dengan Negara di sekitar Timur Tengah terutama di Arab Saudi dan Iran. Pelbagai cara telah dilaksanakan bagi memastikan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi serta hubungan Malaysia dengan Iran terjalin melalui hubungan diplomasi antara kedua-dua Negara. Makalah ini membincangkan hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Arab Saudi dan Iran dari sudut sejarah dan perkembangannya sehingga kini. Oleh yang demikian, kajian ini mengkaji dan memaparkan implikasi hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Arab Saudi dan Iran di atas kemajuan pembangunan Negara Malaysia. Kajian yang dilaksanakan ini adalah berdasarkan kaedah pensejarahan dan analisis terhadap hubungan diplomasi yang telah diwujudkan oleh Malaysia dengan Arab Saudi dan Iran.

Keywords

Hubungan Diplomasi, Malaysia, Arab Saudi, Iran, Timur Tengah

Divisions

Civilization

Funders

UMRG

Publisher

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Publisher Location

Kuala Lumpur

Share

COinS