Document Type
Conference Item
Publication Date
11-1-2013
Abstract
Remaja adalah satu peringkat tahap umur dimana kemuncak kepada berlaku proses perkembangan diri sedang berlaku. Walaupun tahap perkembangan ini merupakan satu petanda baik pada pertumbuhan normal manusia, namun hari ini ia dilihat telah menjadi penyebab kepada kebimbangan pelbagai pihak. Ini adalah kerana, tahap remaja tersebut yang sinonim dengan pelbagai masalah salah laku. Malah, kadar kepada pelbagai masalah salah laku ini juga didapati berada pada tahap yang tinggi. Walaupun pelbagai cara dan kaedah telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah salah laku ini, masalah ini dilihat masih lagi berlarutan. Sesuai dengan ciri pembawa rahmat kepada sekalian alam, agama Islam menawarkan penyelesaian yang amat sempurna kepada pelbagai masalah salah laku remaja tersebut. Namun, bagi setiap gerak kerja, asas atau dasar yang kukuh diperlukan bagi memandu pelaksanaannya ke arah yang yang lebih berkesan. kertas kerja ini akan membincangkan peranan agama Islam dalam menyelesaikan masalah salah laku remaja serta asas-asas utama penyelesaian masalah tersebut dari perpektif Islam itu sendiri. Metod dokumentasi dan historis digunakan untuk mengutip dan membahaskan perkara tersebut. Agama Islam dan remaja sama sekali tidak boleh dipisahkan. Pengabaian kepada perkara agama menjadi punca kepada masalah salah laku. Sekiranya penyelewengan berlaku dalam kalangan remaja, 4 asas utama penyelesaian masalah tersebut tidak boleh di abaikan iaitu : 1) Karektor tingahlaku remaja boleh diubah, 2) Kaedah harus bersesuaian dengan tahap perkembangan usia remaja 3) Ilmu dan kesedaran sebagai penyelesaian pertama, dan 4) Berterusan melalui Mujahadah (bersungguh-sungguh) dan Riyadah (latihan)
Keywords
Salah laku, remaja, agama, Islam dan penyelesaian
Divisions
AcademyofIslamicStudies
Event Title
International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2013
Event Location
Kuala Terengganu
Event Dates
30 Nov- 01 Dec 2013
Event Type
conference