Document Type
Conference Item
Publication Date
11-1-2013
Abstract
Maslahah merupakan salah satu elemen yang diambilkira apabila membincangkan tentang maqasid di sebalik pensyariatan dan penentuan hukum semasa. Dalam rawatan materniti, pengambilkiraan aspek maslahah dapat memastikan tercapainya objektif rawatan tersebut dalam bentuk manfaat yang akan diperolehi oleh pesakit dan mengangkat sebarang kemudaratan daripada mereka. Kekeliruan dalam menentukan kategori maslahah semasa rawatan menimbulkan kesamaran dalam membuat keputusan bentuk rawatan mengikut prioriti yang betul menurut syarak. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada memilih prosedur rawatan yang tidak menepati indikasi perubatan dan menyimpang daripada garis panduan syarak. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenengahkan konsep maslahah dalam rawatan materniti dan analisisnya menurut syarak. Melalui analisis terhadap indikasi perubatan bagi rawatan materniti dan huraian aspek maslahah oleh ulama’ usul mendapati bahawa setiap prosedur rawatan berdasarkan indikasi perubatan mempunyai kategori maslahah yang berbeza. Faktor kondisi individu juga mempengaruhi perbezaan ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input tambahan ke arah penambahbaikan perkhidmatan materniti semasa di Malaysia.
Keywords
Maslahah, Perkhidmatan Materniti, Rawatan Materniti.
Divisions
AcademyofIslamicStudies
Event Title
International Seminar on Jurisprudence in Contemporary Society 2013
Event Location
Kuala Terengganu
Event Dates
30 Nov- 01 Dec 2013
Event Type
conference