Document Type

Conference Item

Publication Date

11-1-2013

Abstract

Kerancakan kemajuan dan pembangunan teknologi dan maklumat tidak dinafikan telah banyak membawa kemudahan dan perhubungan komunikasi yang lebih efisien. Namun di sebalik semua itu, penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan medium siber sebagai platform jenayah muncul dan amat membimbangkan. Maka kajian ini dilakukan dalam mengenal pasti bentuk-bentuk jenayah siber yang berlaku di kalangan masyarakat khususnya pengguna medium siber pada hari ini serta apakah kesan dan akibat daripada jenayah tersebut. Jenayah-jenayah tersebut dikelaskan menurut kategori-kategori jenayah di dalam sistem perundangan Islam dan seterusnya ditentukan di manakah kedudukan jenayah tersebut sama ada ia merupakan jenayah mahupun jarimah serta apakah hukuman yang telah ditetapkan di dalam undang-undang Islam. Hasil kajian ini mendapati wujudnya jarimah dan juga jenayah bagi jenayah siber yang dibezakan dari bentuk tindakan, kesan serta undang-undang yang diperuntukkan.

Keywords

Jenayah siber, al-jina’i, al-jara’im, sistem perundangan Islam.

Divisions

DeptofFiqhUsul

Event Title

International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2013

Event Location

Kuala Terengganu

Event Dates

30 Nov- 01 Dec 2013

Event Type

conference

Share

COinS