Document Type
Conference Item
Publication Date
11-1-2013
Abstract
Persoalan hak asasi sering menjadi pertikaian dalam kalangan masyarakat terutamanya apabila menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama. Pelbagai persepsi dan pandangan yang ditonjolkan bagi menyampaikan konsep sebenar hak asasi berdasarkan kaca mata mereka sendiri. Di Malaysia, antara perkara hangat yang menjadi pertikaian antara masyarakat Muslim dan Bukan Muslim adalah sejauh mana kedudukan Islam sebagai agama dan pegangan rasmi mampu memenuhi keperluan hak asasi semua pihak. Maka, kajian ini akan menyoroti beberapa perbahasan prinsip Islam dalam menangani persoalan hak asasi manusia. Kajian ini juga akan menganalisis isu terpilih berhubung persoalan hak asasi semasa yang dibawa oleh COMANGO ke persidangan PBB menurut perspektif Islam. Hal ini bagi mengenal pasti sama ada isu hak asasi yang ditimbulkan oleh gabungan NGO ini bertepatan dengan peruntukan hak asasi yang ditawarkan oleh Islam atau sebaliknya. Hasil kajian mendapati persoalan yang ditimbulkan sesetengah pihak berhubung hak asasi dilihat lebih bersandarkan teori Barat tanpa mengambil kira asas yang telah ditetapkan oleh Islam.
Keywords
Hak asasi, bukan muslim, COMANGO, masyarakat.
Divisions
DeptofFiqhUsul
Event Title
International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society 2013
Event Location
Kuala Terengganu
Event Dates
30 Nov- 01 Dec 2013
Event Type
conference