Document Type

Article

Publication Date

1-1-2013

Abstract

Peristiwa Intifadah di Palestin merupakan satu peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah umat Islam seluruh dunia. Dunia menyaksikan satu kebangkitan di mana seluruh peringkat umur terlibat dalam menjayakan kebangkitan yang berlaku dalam peristiwa ini. Penindasan regim Zionis terhadap rakyat Palestin setelah sekian lama menjadi punca dalam kebangkitan rakyat yang berlaku di Palestin. Kebangkitan rakyat Palestin yang berlaku secara tiba-tiba ini mendapat respon pelbagai pihak terutamanya Israel. Kebangkitan rakyat Palestin di dalam peristiwa ini juga menunjukkan kesan yang besar terhadap konflik yang berlaku antara Palestin-Israel yang telah tercetus sejak sekian lama. Kertas kerja ini akan membincangkan serta melakukan beberapa penelitian kronologi peristiwa Intifadah pertama yang tercetus di Palestin pada tahun 1987 serta meneliti kesan yang wujud selepas tercetusnya Intifadah ini terhadap konflik di Palestin.

Keywords

Intifadah, Israel, kebangkitan rakyat, Palestin, Konflik Timur Tengah, Asia Barat.

Divisions

Civilization

Publication Title

Jurnal al-Muqaddimah

Volume

1

Issue

1

Publisher

Dept of Islamic History and Civilization, Academy of Islamic Studies, University of Malaya

Share

COinS