Reformasi pendidikan Islam dalam pentadbiran Arab Hadhrami di Johor dari 1909-1934

Document Type

Book Section

Publication Date

1-1-2013

Abstract

Masyarakat Arab Hadhrami terbukti telah memainkan peranan yang signifikan dalam membantu pembangunan sosio ekonomi di Johor. Peranan ini dapat dilihat melalui autoriti yang dipegang dalam hal ehwal ekonomi, politik dan sosial di negeri tersebut. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki mereka terserlah apabila golongan ini berjaya menarik perhatian istana Johor untuk mengetuai organisasi keagamaan bersangkutan dengan undang-undang dan pendidikan Islam secara khusus. Menariknya, berbanding dengan negeri lain di seluruh Tanah Melayu, sejarah pentadbiran Johor menyaksikan penglibatan seramai enam orang ulama Arab HAdhrami dilantik sebagai mufti. Penglibatan kedua-dua ulama Arab Hadhrami ini dalam institusi yang melibatkan sektor pentadbiran dan pendidikan Islam sebelum hadir ke Johor menjana titik perkembangan yang bermakna bagi masyarakat Islam di negeri Johor. Kajian ini secara khususnya akan menilai martabat dan kedudukan pendidikan Islam yang diangkat statusnya sewaktu istana Johor ditadbir oleh ulama Arab Hadhrami dalam tempoh 1909-1933M.

Keywords

Reformasi pendidikan Islam, Arab Hadhrami, Johor, 1909-1934

Divisions

AcademyofIslamicStudies

Publisher

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Publisher Location

Kuala Lumpur

Additional Information

Call number: BP15 Dim (PPZ, UMM); 2015/000003 (Arkib)

This document is currently not available here.

Share

COinS