Program pembangunan insan di masjid-masjid terpilih di daerah Kuching Sarawak : satu tinjauan
Document Type
Book Section
Publication Date
1-1-2013
Abstract
Pada abad ke-21 ini, pelaksanaan dan amalan rutin terhadap pembangunan material serta pembangunan insan dilihat tidak lagi seimbang. Pembangunan rohani insan kian merosot, tidak diutamakan dan jika dilakukan tidak bersungguh-sungguh serta tidak menepati cara yang sebenar, malahan ia sering dilupakan berbanding pembangunan material yang kelihatan bertambah baik dan maju dari semasa ke semasa. Impak kepada ketidakseimbangan ini akhirnya telah menyaksikan di tengah-tengah pembangunan ini wujud pelbagai gejala sosial yang amat membimbangkan. Keadaan sedemikian turut melanda sebahagian umat Islam di daerah Kuching, Sarawak. Daerah Kuching merupakan ibu negeri Sarawak dan pusat pentadbiran negeri. Ianya didiami oleh kaum Melayu, Cina, Dayak, India dan bangsa lain. Agama-agama utama penduduk daerah Kuching pula ialah Islam, Buddha dan Kristian. Walaubagaimanapun, kepelbagaian kaum dan agama yang wujud ini telah mendorong kepada pembangunan yang tidak seimbang. Percampuran yang telah dieksploitasi ekoran kekurangan ilmu agama dan iman segelintir masyarakat Islam di daerah Kuching sedikit sebanyak juga telah mempengaruhi rutin kehidupan mereka. Jadi, situasi ini pasti berhajat kepada setiap individu dan institusi yang terlibar dalam menegakkan dakwah Islam di daerah Kuching supaya membuat persediaan yang cukup rapi bagi menghadapi cabaran yang begitu kompleks ini. Di antara kaedah yang dapat dilaksanakan bagi memastikan ketidakseimbangan pembangunan ini agar tidak berterusan ialah menerusi pembinaan peribadi muslim yang bertakwa, berwawasan tinggi dan memiliki jati diri yang kental dengan mewujudkan program-program pembangunan insan khususnya di masjid-masjid. Dalam hubungan ini peranan masjid sebagai pusat melaksanakan aktiviti dakwah Islam dan pembangunan umat Islam menjadi begitu penting. Pengukuhan fungsi masjid supaya menjadi lebih dinamik dan proaktif lebih diperlukan dalam menangani keperluan masyarakat di daerah Kuching.
Keywords
Pembangunan insan, Kuching Sarawak
Divisions
AcademyofIslamicStudies
Publication Title
Dimensi Islam dalam penyelidikan kontemporari
Publisher
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Publisher Location
Kuala Lumpur
Additional Information
Call number: BP15 Dim (PPZ, UMM); 2015/000003 (Arkib)