Document Type
Conference Item (Restricted)
Publication Date
7-14-2012
Abstract
Salah satu dari bentuk yang paling menyerlah dalam politik Islam di awal abad ke dua puluh adalah tuntutannya kepada penubuhan negara Islam. Manhaj dan strategi mungkin berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama. Struktur negara yang dilakar berdasar kerangka prinsip Islam – seperti dibangun dalam tradisi Sunni dan Shi‘i, dan diartikulasi seputar konsep pokok dari “undang-undang Islam” bermakna suatu konsep syariah. Ia bukan suatu kebetulan dimana pada akhir abad ke sembilan belas pertubuhan-pertubuhan Islam menzahirkan upaya untuk menghidupkan semula warisan sosial dan politik Islam.
Keywords
Madani, Sunni, Shia
Corp List
irf
Divisions
Hadith
Funders
ikd, irf
Event Title
Rethinking Islamic Reform
Event Location
Renaissance Hotel
Event Dates
14 July 2012.
Event Type
conference
Additional Information
Pengalaman Iran telah mencipta impresi yang meluas bahawa negara Islam akan menjadi bentuk teokrasi yang dikemudi oleh aparat agama sama seperti hirarki Shia di Iran. Persepsi ini sangat meluas di mana kelompok Islamis telah didesak untuk mengolah semula istilah dan memaknakan konsep mereka dengan lebih tepat. Ketika merujuk kepada pengalaman mutakhir, mereka lebih sering – seperti Nadia – memilih model Turki dari revolusi stail Iran.