Authors

M. Abdullah

Document Type

Conference Item

Publication Date

7-1-2012

Abstract

Kajian berbentuk kuantitatif ini akan dijalankan bertujuan untuk menganalisis item leksikal alMuwallad dalam kamus bahasa Arab dari aspek semantik serta kaitannya dari aspek morfologi. Kamus yang dipilih adalah Al-Mu‟jam Al-Arabiyy Al-Asasi iaitu merupakan salah satu kamus bahasa Arab moden dihasilkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Kebudayaan dan Keilmuan Arab. Leksikal al-Muwallad merujuk kepada leksikal yang diberikan makna baru atau dalam kata lain yang mengalami perubahan makna selari dengan peredaran masa. Data-data utama akan dikumpul daripada kamus Al-Mu‟jam Al-Arabiyy Al-Asasi secara manual dan sampel dipilih secara rawak daripada sekumpulan data tersebut. Sampel dianalisis menggunakan kaedah analisis teks dengan mengklasifikasikan berdasarkan bahagian-bahagian perubahan makna. Setelah mengenal pasti bahagian tersebut, data-data tersebut akan dilihat dari sudut perkaitan antara semantik (makna) dan morfologi (pola) untuk menjelaskan hubungan perkaitan antara dua aspek yang telah ditentukan. Secara umumnya, kajian ini berusaha merungkai perkaitan perubahan makna serta jenis pola yang wujud bagi setiap leksikal al-Muwallad.

Divisions

FLL

Event Title

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam

Event Location

Seremban, Negeri Sembilan

Event Dates

03-06 July 2012

Event Type

conference

Share

COinS