Document Type
Conference Item
Publication Date
6-1-2012
Abstract
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO memainkan peranan yang penting dalam usaha dakwah Islamiah dan kebajikan masyarakat di Malaysia, terutamanya dakwah kepada Saudara Muslim. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh PERKIM untuk memantapkan hal ehwal yang berkaitan dengan Saudara Muslim. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan program dakwah PERKIM kepada Saudara Muslim. Kajian ini dilakukan dalam bentuk kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati program dakwah Islamiah oleh PERKIM Kebangsaan kepada Saudara Muslim adalah berdasarkan lima elemen utama yang menggerakkan halatuju PERKIM iaitu melalui dakwah, pendidikan, kebajikan, kerjasama dalam bidang agama Islam dan penerbitan. Kajian ini menumpukan kepada program pendidikan dari PERKIM kepada sasaran dakwahnya iaitu Saudara Muslim khususnya dalam kajian ini. Dalam usaha merealisasikan objektif penubuhannya, PERKIM mengaplikasikan program dakwah Islamiah secara sistematik, berdasarkan kerja-kerja kebajikan, pendidikan khidmat masyarakat dan penerbitan ilmiah yang terbukti telah memberi manfaat kepada semua sasaran dakwah dan sekaligus dapat meningkatkan imej Islam serta menghapuskan sebarang prasangka buruk terhadap Islam. Dakwah Islamiah yang efektif ini merealisasikan pembentukan Saudara Muslim yang lestari dan berdikari sepanjang zaman.
Event Title
International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education 2012
Event Location
Mecca, Saudi Arabia
Event Dates
01-02 June 2012
Event Type
conference