Document Type
Conference Item
Publication Date
6-1-2012
Abstract
Risiko kecairan bukan sahaja satu topik yang menarik didalam perbankan islam, tetapi ia menjadi isu terhadap kesemua bank termasuk bank konvensional dan juga badan pengawalselia yang terlibat. Pengurusan kecairan yang mantap akan mampu mengelakkan bank dari mengalami kekurangan dalam deposit permintaan. Risiko kecairan adalah risiko kerugian yang disebabkan oleh kegagalan untuk mendapatkan dana pada kos yang berpatutan untuk membiayai operasi bank dan menyediakan liabiliti pada masa yang diperlukan. Bank islam khususnya mempunyai risiko kecairan yang berbeza dengan bank konvensional kerana instrumen dan produk yang digunakan adalah bebas daripada riba dan berlandaskan prinsip-prinsip syarak. Kajian ini akan melihat kepentingan kecairan yang berasaskan aset dan liabiliti. Spesifikasi model dibina dan berasaskan data panel melibatkan pembolehubah dalaman dan juga luaran bank merangkumi faktor-faktor makroekonomi dari tahun 1997 hingga 2010. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembiayaan perbankan islam tidak terpengaruh dengan nisbah kecairan berasakan aset dan liabiliti, akan tetapi signifikan terhadap beberapa pembolehubah yang lain.
Keywords
Liquidity Bank, Asset and Liability, Risk Management
Divisions
AcademyofIslamicStudies
Event Title
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) 2012
Event Location
Ipoh, Perak
Event Dates
04-06 June 2012
Event Type
conference