Document Type

Conference Item

Publication Date

6-1-2012

Abstract

Kajian ini adalah satu tinjauan yang bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan hukum nun sakinah dalam kalangan pelajar bermasalah penglihatan di Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar bermasalah penglihatan peringkat menengah atas dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi seluruh Malaysia. Satu ujian bacaan berdasarkan sukatan Asuhan Tilawah al-Quran, komponen mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM telah ditadbir bagi menguji tahap penguasaan bacaan alQuran pelajar dari aspek nun sakinah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan pelajar tidak mencapai tahap penguasaan yang memuaskan dalam bacaan al-Quran berdasarkan hukum nun sakinah. Min tahap penguasaan pelajar berada pada tahap yang sangat lemah dengan min keseluruhan = 19.57, sisihan piawai=27.09. Dapatan juga mendapati terdapat perbezaan skor min dalam penguasaan hukum nun sakinah di antara pelajar-pelajar buta (min=38.15) dengan pelajar-pelajar rabun (min=10.55) dan juga di antara pelajar-pelajar yang telah khatam al-Quran (min=33.13) dengan pelajar-pelajar yang belum khatam alQuran (min=11.92). Penemuan ini menimbulkan pelbagai persoalan untuk dibincang dan diketengahkan. Diharap kajian ini mampu menimbulkan kesedaran dan membuka mata semua pihak dalam usaha meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam Pendidikan al-Quran pelajar-pelajar bermasalah penglihatan.

Event Title

International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education 2012

Event Location

Mecca, Saudi Arabia

Event Dates

01-02 June 2012

Event Type

conference

Share

COinS