Document Type

Conference Item

Publication Date

6-1-2012

Abstract

Pengajian Undang-Undang Islam di Universiti Malaya bertujuan untuk menyediakan graduan yang bakal menceburi bidang kehakiman dan perundangan Islam. Sejak 2008 Universiti Malaya menerusi Akademi Pengajian Islam telah menawarkan program baru yang dinamakan Sarjana Muda Syariah dan UndangUndang. Program ini merupakan penambahbaikan kepada program sedia ada iaitu program Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Undang-Undang). Program lama memakan masa tiga tahun dan untuk membolehkan graduan program ini memasukki skim perkhidmatan kehakiman dan perundangan Islam, mereka disyaratkan mengambil Diploma Amalan Kehakiman dan Pentadbiran Islam (DAIJ). Dengan adanya program baru yang memakan masa empat tahun, mereka yang bergraduat sudah tidak perlu mengambil diploma berkenaan. Kertas kerja ini membincangkan bagaimana kurikulum pengajian BShL digubah, penggunaan teknologi dalam pengajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar dan mekanisme latihan industri digunakan bagi membolehkan APIUM melahirkan graduan yang berketrampilan dan seterusnya menjamin employability graduan.

Event Title

International Conference on Research In Islamic and Arabic Language Education 2012

Event Location

Mecca, Saudi Arabia

Event Dates

01-02 June 2012

Event Type

conference

Share

COinS