Document Type

Conference Item

Publication Date

6-1-2012

Abstract

Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kaedah p&p pengajian Qiraat yang dilaksanakan di JTQQ kerana silibus Qiraat merupakan salah satu subjek utama dalam kurikulum pengajian tahfiz al-Quran dan al-Qiraat semenjak penubuhannya pada Mei 2002. Justeru, kertas kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan awal terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan melibatkan 21 orang pelajar semester 6 dan 4 orang pensyarah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriptif melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan pelbagai metod seperti soal selidik, temubual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran dan pembelajaran Qiraat yang diaplikasi di dalam kelas berada pada tahap yang tinggi iaitu memuaskan di dalam item kaedah hafazan, kaedah tasmik, kaedah talaqqi dan musyafahah, kaedah membaca wajah-wajah Qiraat beserta contoh-contohnya, membuat rajah dan peta minda, menyalin nota, menggunakan buku teks dan buku rujukan, memberi motivasi dan menarik minat pelajar, kecuali pada item penggunaan kaset dan VCD. Lantaran itu, penambahbaikan terhadap aspek penggunaan alat bantu mengajar yang lebih moden seperti penggunaan komputer, bahan multimedia, internet dan sebagainya wajar dilakukan agar dapat menarik perhatian dan minat para pelajar serta meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan para pelajar di dalam bidang pengajian Qiraat. Kesimpulannya, kaedah pengajaran yang efektif dan bersesuaian mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang memberi kesan positif terhadap pemahaman dan penguasaan para pelajar.

Keywords

Pengajian Qiraat, pengajaran dan pembelajaran Qiraat, Jab. Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, KUIS

Divisions

Hadith

Event Title

International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education 2012

Event Location

Mecca, Saudi Arabia

Event Dates

01-02 June 2012

Event Type

conference

Share

COinS