Document Type

Conference Item

Publication Date

2-1-2012

Abstract

Di antara barisan ulama Nusantara yang pernah menghasilkan karya ilmu tafsir adalah Syeikh Yasin Padang. Sememangnya tokoh berkenaan lebih terserlah sebagai pakar dalam bidang hadith dan fiqh. Walaupun tidak diperkatakan sebagai ahli tafsir pada abad ini, namun sumbangan beliau dalam mensyarahkan kaedah-kaedah tafsir (ilmu al-Quran) adalah sangat bernilai dan patut untut dihargai. Lebih-lebih ketika paradigma keilmuan Islam yang berkembang di rantau ini “dikalahkan” dan lebih tertumpu kepada paradigma hukum-hakam, theologi dan mistisisme. Kertas kerja ini bertujuan untuk memperkenalkan kitab FayÌ al-KhabÊr, analisis metode penghuraian, aspek kandungan dan analisis segi kekuatan dan kelemahan kitab. Di atas segala kelebihan dan kekurangannya selaku anak manusia, Syeikh Yasin Padang didapati telah menambahkan lagi senarai intelektual penyumbang kajian al-Quran dan ilmu tafsir. Hal itu sungguh amat memberangsangkan dan layak untuk diselidiki lebih dalam.

Divisions

AcademyofIslamicStudies

Event Title

The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012

Event Location

University of Malaya

Event Dates

22-23 Feb 2012

Event Type

conference

Share

COinS